Alat percuma · Kadar disemak:

Kalkulator caj FPX dan payment gateway Malaysia

Pilih cara pelanggan bayar, masukkan jumlah satu bayaran dan berapa kali sebulan. Kalkulator ini kira caj setiap payment gateway utama di Malaysia, daripada yang paling murah, guna kadar dari laman harga rasmi mereka. Untuk FPX biasa, caj rata RM1.00 hingga RM1.25 selalunya paling murah bila jumlah melebihi kira-kira RM47.

Cara pelanggan bayar

Kadar dari laman harga setiap syarikat, disemak 17 November 2026. Kalkulator ini berjalan dalam pelayar anda; tiada apa yang dihantar ke mana-mana.

Caj sebulan, paling murah dahulu

  • toyyibPay Standard

    RM1.00 setiap bayaran (2%)

    RM200.00

  • CHIP

    RM1.08 setiap bayaran (2.16%), termasuk SST 8%

    RM216.00

  • Billplz Standard

    RM0.75 setiap bayaran (1.5%) + pelan RM999.00/tahun (RM83.25/bulan)

    RM233.25

  • Billplz Basic

    RM1.25 setiap bayaran (2.5%)

    RM250.00

  • HitPay

    RM1.30 setiap bayaran (2.6%)

    RM260.00

  • Stripe

    RM2.50 setiap bayaran (5%)

    RM500.00

Paling murah untuk FPX (akaun peribadi): toyyibPay Standard, RM200.00 sebulan. Beza dengan yang paling mahal: RM300.00 sebulan, atau RM3,600.00 setahun.

Nak pasang FPX di website atau sistem anda?

Hantar angka ini kepada Wan Nabil di WhatsApp. Kalau payment link biasa dah cukup untuk bisnes anda, dia akan cakap terus.

Kadar caj FPX, kad dan DuitNow QR setiap gateway

Kadar di bawah dibaca terus di laman harga setiap syarikat pada 17 November 2026. "Tiada" bermaksud laman harga tidak senaraikan kadar untuk kaedah itu, bukan semestinya tak boleh.

GatewayFPX (akaun peribadi)FPX korporat (B2B)Kad tempatanDuitNow QR
Billplz BasicRM1.25RM3.001.8%1.5%
Billplz StandardRM999 setahunRM0.75RM2.001.5%1.5%
toyyibPay StandardRM1.00RM2.001.5%1%
CHIPRM1.00 + SST 8%RM2.00 + SST 8%2% + SST 8%1% + SST 8%
HitPay1.8% + RM0.40Tiada1.2% + RM1.001.2%
Stripe3% + RM1.00Tiada3% + RM1.00Tiada
Carta caj FPX B2C untuk satu bayaran: bayaran RM50 caj RM0.75 di Billplz Standard, RM1.00 di toyyibPay, RM1.08 di CHIP, RM1.25 di Billplz Basic, RM1.30 di HitPay dan RM2.50 di Stripe; bayaran RM300 caj RM5.80 di HitPay dan RM10.00 di Stripe manakala gateway caj rata kekal sama
Caj FPX B2C untuk satu bayaran RM50 dan RM300 (Billplz Standard tidak termasuk yuran RM999 setahun). Kadar disemak 17 November 2026.

Contoh: 200 bayaran FPX sebulan

Katakan bisnes anda terima 200 bayaran FPX sebulan dari akaun peribadi. Pada RM50 setiap bayaran, caj sebulan ialah toyyibPay Standard RM200.00, CHIP RM216.00, Billplz Standard RM233.25, Billplz Basic RM250.00, HitPay RM260.00, Stripe RM500.00. Pada RM300 setiap bayaran, gateway caj rata kekal sama, tapi HitPay naik ke RM1,160.00 dan Stripe ke RM2,000.00 sebulan.

Caj rata vs caj peratus: bila mana lebih murah

HitPay caj 1.8% + RM0.40. Caj itu sama dengan Billplz Basic (RM1.25) pada bayaran RM47.22, sama dengan toyyibPay (RM1.00) pada RM33.33 dan sama dengan CHIP (RM1.08 termasuk SST) pada RM37.78. Bawah angka itu HitPay lebih murah; atas angka itu caj rata lebih murah, dan bezanya makin besar bila jumlah naik. Jualan tiket kecil (contoh yuran kelas RM20) sesuai dengan caj peratus; tempahan, deposit dan invois besar sesuai dengan caj rata.

Selain caj, apa lagi patut dibanding

  • Bila duit FPX masuk akaun: Billplz hari bekerja berikutnya, CHIP keesokan hari, HitPay T+1 hari bekerja, toyyibPay 1 hingga 4 hari bekerja.
  • Kaedah lain yang pelanggan anda guna: kad, DuitNow QR, e-wallet, atau ansuran (BNPL).
  • Plugin untuk platform anda (WooCommerce, Shopify) atau API kalau website dan sistem dibina sendiri.
  • Caj tambahan bila guna melalui platform lain, contohnya Billplz caj tambahan 0.3% untuk pesanan Shopify.

Cara sambung gateway ke website, termasuk callback yang menjadi bukti bayaran sebenar, ada dalam panduan cara integrate FPX ke website. Untuk kedai online, bandingkan juga caj Shopify vs kedai online sendiri.

Soalan lazim tentang caj FPX

Berapa caj FPX untuk satu transaksi?

Untuk FPX akaun peribadi (B2C), caj rata RM1.00 di toyyibPay dan CHIP (CHIP tambah SST 8%, jadi RM1.08), RM1.25 di pelan percuma Billplz dan RM0.75 di Billplz Standard (RM999 setahun). HitPay caj 1.8% + RM0.40 dan Stripe 3% + RM1.00, jadi caj mereka naik ikut jumlah. Semua kadar disemak 17 November 2026.

Payment gateway mana paling murah di Malaysia?

Untuk FPX, gateway caj rata (toyyibPay, CHIP, Billplz) paling murah bila jumlah bayaran melebihi kira-kira RM47. Untuk bayaran kecil di bawah RM33, HitPay boleh jadi lebih murah sebab cajnya peratus. Masukkan angka bisnes anda dalam kalkulator untuk jawapan tepat.

Apa beza FPX B2C dan FPX B2B?

FPX B2C ialah bayaran dari akaun bank peribadi. FPX B2B ialah bayaran dari akaun bank korporat (syarikat), dengan caj lebih tinggi: RM2.00 di toyyibPay dan CHIP, RM3.00 di Billplz Basic. HitPay dan Stripe tidak senaraikan kadar B2B di laman harga mereka.

Bila Billplz Standard RM999 setahun berbaloi?

Billplz Standard caj RM0.75 setiap FPX B2C berbanding RM1.25 di pelan Basic. Jimat RM0.50 setiap bayaran menutup RM999 setahun bila anda terima lebih kurang 167 bayaran FPX sebulan atau lebih.

Kenapa caj CHIP ada SST?

Laman harga CHIP menyatakan caj transaksi tertakluk kepada SST 8%, jadi kalkulator ini tambah 8% pada caj CHIP. Gateway lain tidak sebut SST di laman harga; semak penyata akaun anda untuk angka sebenar.

Perlu daftar SSM untuk guna payment gateway?

Kebanyakan payment gateway minta pendaftaran perniagaan (SSM) semasa buka akaun, dan syarat berbeza ikut syarikat. Semak syarat terkini terus di laman pendaftaran gateway yang anda pilih.

Tentang kalkulator ni

Kalkulator ini dibina oleh Wan Nabil di Miracle Mikhael, studio kecil di Selangor yang memasang FPX dan payment gateway dalam website dan sistem bisnes custom. Kami tidak menerima komisen daripada mana-mana gateway dalam senarai ini. Sistem dengan bayaran online bermula dari RM5,000, dengan sebut harga bertulis yang tetap sebelum kerja bermula.