Alat percuma · Dikemas kini:
Kalkulator harga website (Malaysia)
Kira anggaran harga website anda dalam 1 minit. Pilih berapa page yang perlu dan fungsi yang anda mahu, kalkulator terus tunjuk julat harga dalam ringgit. Website bisnes bermula dari RM1,500 dan sistem tempahan atau bayaran online dari RM5,000. Semua angka datang daripada harga permulaan Miracle Mikhael yang diterbitkan, dan cara kiraannya ditunjuk di bawah.
Anggaran harga
RM1,500 – RM2,300
Kos buat sekali sahaja, dibundarkan ke RM100 terdekat.
- Website (1 hingga 5 page + tambahan)
- dari RM1,500
- Sistem untuk tempahan / bayaran
- tidak perlu
- Pelan penjagaan pilihan (hosting, backup, kemas kini)
- RM150/bulan
Ini anggaran, bukan sebut harga. Hujung atas julat 50% lebih tinggi daripada hujung bawah, untuk perincian design, kandungan dan integrasi. Harga akhir ialah sebut harga tetap selepas skop dipersetujui.
Nak sebut harga tetap?
Hantar anggaran harga website ini kepada Wan Nabil di WhatsApp. Anda dapat sebut harga dan tempoh siap yang tetap sebelum kerja bermula, dan domain, kandungan serta data kekal milik anda.
Cara kalkulator kos website ini kira
Kalkulator ini kira harga website daripada harga permulaan yang diterbitkan: website bisnes dari RM1,500, sistem tempahan, sebut harga atau penjejakan kerja dari RM5,000, pelan penjagaan RM150 sebulan. Yang lain di bawah ialah andaian kalkulator ini, bukan senarai harga:
- Harga asas RM1,500 merangkumi 1 hingga 5 page dalam satu bahasa.
- 6 hingga 10 page: tambah 50% daripada harga asas (RM750).
- 11 hingga 20 page: tambah 100% daripada harga asas (RM1,500).
- 21 hingga 40 page: tambah 200% daripada harga asas (RM3,000).
- Bahasa Melayu + English: tambah 50% daripada harga asas (RM750).
- Bahagian blog atau artikel: tambah 25% daripada harga asas (RM375).
- Copywriting (kami tulis teks): tambah 50% daripada harga asas (RM750).
- Tempahan atau bayaran online: tambah satu sistem dari RM5,000 (kedua-duanya sekali dikira satu sistem).
- Hujung atas julat 50% lebih tinggi daripada hujung bawah. Kedua-dua hujung dibundarkan ke RM100 terdekat.
Contoh kiraan: 6 hingga 10 page, Bahasa Melayu + English, blog dan tempahan online. Website: RM1,500 + 50% + 50% + 25% = RM3,375. Tambah sistem dari RM5,000 = RM8,375. Julat: RM8,400 hingga RM12,600.
Anggaran kos buat website ikut jenis bisnes
Harga website untuk lima pilihan biasa, dikira dengan kalkulator yang sama di atas. Guna sebagai titik mula untuk bajet, bukan sebut harga.
- Website syarikat kecil1 hingga 5 page, satu bahasaRM1,500 hingga RM2,300
- Website dua bahasa1 hingga 5 page, BM + EnglishRM2,300 hingga RM3,400
- Website dengan blog6 hingga 10 page, dengan blogRM2,600 hingga RM3,900
- Kedai kecil terima bayaran1 hingga 5 page, bayaran onlineRM6,500 hingga RM9,800
- Contoh kiraan di atas6 hingga 10 page, BM + English, blog, tempahanRM8,400 hingga RM12,600

Cara kira harga website ikut bajet anda
Mula dengan page yang pelanggan betul-betul guna: utama, servis, tentang kami dan hubungi sudah cukup untuk kebanyakan bisnes kecil. Tulis teks sendiri untuk jimat kos copywriting, tapi beri masa yang cukup; kandungan lambat selalunya melambatkan pelancaran. Kalau tujuan utama ialah jual banyak produk online, platform seperti Shopify selalunya lebih murah daripada website custom. Fungsi tempahan atau bayaran online menambah satu sistem, jadi ambil kalau ia betul-betul jimat masa anda setiap minggu.
Untuk perbandingan penuh 7 cara dapatkan website (builder, freelancer, agensi dan studio), baca panduan kos buat website di Malaysia. Kalau nak terima bayaran, semak juga kalkulator caj FPX untuk caj setiap transaksi, dan cara buat sistem tempahan online kalau anda ambil tempahan.
Soalan lazim tentang harga website
Berapa harga website untuk syarikat kecil?
Website bisnes di Miracle Mikhael bermula dari RM1,500 untuk 1 hingga 5 page dalam satu bahasa. Kalkulator ini memberi julat RM1,500 hingga RM2,300 untuk pilihan itu. Kalau perlu tempahan atau bayaran online, tambah sistem yang bermula dari RM5,000.
Kenapa harga website berbeza antara agensi dan freelancer?
Sebab skop yang dikira tak sama. Ada yang guna template siap dan anda tulis teks sendiri; ada yang design dari kosong, tulis copy, pasang sistem tempahan atau bayaran, dan jaga website selepas siap. Bila banding sebut harga, semak berapa page, siapa tulis kandungan, siapa pegang domain dan hosting, dan berapa kos tahunan selepas website siap.
Berapa kos tahunan selepas website siap?
Anggaran kalkulator ini ialah kos buat sekali sahaja. Pelan penjagaan pilihan ialah RM150 sebulan untuk hosting, backup, kemas kini keselamatan dan perubahan kecil. Pembaharuan domain ialah kos tahunan yang berasingan.
Berapa lama nak siap?
Website bisnes biasanya siap dalam 1 hingga 3 minggu, dan sistem (contohnya tempahan atau bayaran online) 3 hingga 8 minggu. Tarikh siap ditulis dalam sebut harga sebelum kerja bermula.
Maklumat yang saya pilih disimpan atau dihantar ke mana-mana?
Tidak. Kalkulator ini berjalan dalam pelayar anda dan tidak menghantar apa-apa. Anggaran hanya sampai kepada kami kalau anda tekan butang WhatsApp dan pilih untuk hantar mesej itu.
Tentang kalkulator ni
Kalkulator harga website ini dibina oleh Wan Nabil di Miracle Mikhael, studio kecil di Selangor yang membina website bisnes dan sistem bisnes custom. Anda dapat sebut harga bertulis dan tempoh siap yang tetap sebelum kerja bermula.